Selasa, 20 Disember 2011

Apa itu demam

Demam merupakan penyakit normal bagi semua manusia

Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi
tahap ini anda akan disahkan demam.


Penyebab Demam
  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
  • cirit birit, denggi, dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
  • batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah

 

Tanda dan gejala

  • Badan panas bila disentuh
  • Pernafasan meningkat
  • Muka menjadi merah
  • Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  • Resah gelisah
  • Tiada selera makan
  • Menggigil

Rawatan
Rawatan dirumah :
  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Air merupakan rawatan utama dalam mengatasi demam

Jika anda mempunyai gejala yang serius :
  • Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah hendaklah dirujuk dengan pakar.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan
Suhu yang tinggi merupakan tanda awal demam

Pencegahan
  • Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Ambil diet yang seimbang dan sihat.


Ahad, 18 Disember 2011

Website jual beli telefon


Assalammualaikum...berita gembira buat orang yang suka membeli belah melalui internet..Sekarang ini bukan dekat mudah.my sahaja yang boleh berurus niaga.

Dan hari ini, perkhidmatan ini dilancarkan secara rasminya, membolehkan para pengguna tempatan berjual-beli peranti-peranti seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan gajet lain mudah, terus melalui lamanMudahAlih.my. Dan dalam usaha menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, pelbagai peraduan turut disediakan oleh pihak mereka.

Melalui apa yang kelihatan, ia beroperasi seperti laman jual-beli biasa, namun ia membawakan skop khas, iaitu memfokuskan kepada para peminat peranti dan gajet. Buat masa ini, pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan tersebut adalah percuma, terus melalui laman web mereka.


Pada masa yang sama, mengikut pembangun laman tersebut, mereka turut sama akan memperkenalkan laman web versi mesra mudah-alih tidak lama lagi, serta memperkenalkan aplikasi khas untuk para pengguna Android, BlackBerry dan juga iPhone tidak lama lagi.


Bagi mereka yang berminat dengan peranti dan juga gajet, mungkin anda boleh melayari laman MudahAlih.my hari ini.

Selasa, 13 Disember 2011

"Galacticos" di Liga Malaysia



Assalaamualaikum....Perghhhhhhh...tu je yang boleh dikatakan selepas melihat senarai pemain baru bagi Pasukan ATM. Walaupun main dalam liga Perdana je, tapi aku konfem, tahun depan boleh layak ke liga super kalau ditengokkan senarai pemain yang begitu hebat.

Kita tengok dulu senarai pemain import, yang pertama penyerang berbisa Pasukan Kedah dulu iaitu Marlon Alex James yang menang treble 2 kali dengan kedah. Biarpun umur 35 tahun dah, tapi aku rasa makin tua makin bisa. Yang kedua adalah Bruno Sebastian Martelotto yang bermain untuk MPPJ. Masa tu, MPPJ merupakan kelab pertama yang bergelar juara. Aku ingat lagi nama timangan MPPJ Chelsea Malaysia. 



Marlon - masih berbisa ???

Kembali semula ke liga Malaysia


Yang tu baru pemain import. Kalau tengok pemain tempatan pula, power-power jugak lah nya. Antaranya, adik beradik kembar, Aidil dan Zaquan, Penyerang botak, Hairudin Omar, Irwan Fadzli Idrus, Farizul Harun, Azmi Muslim, Rezal Zambery Yahya, Danial Fazly Abdullah, top scorer liga perdana Fitri Omar, Christee Jayaseelan , A Varathan dan dua pemain negara pada sukan universiti baru ini iaitu K Reuben dan Amiridzwan Taj Tajudin. 


Mampukah kembar membantu ATM?

Piala Malaysia Finalist dan juara 3 kali berturut-turut

Jurulatih pula B Sathianathan, bekas coach Kelantan dan Malaysia. Seriuslah, team ni memang power giler lah. Tak sabar nak tengok liga Malaysia yang bermula pada tahun hadapan. Pesanan kepada Kelantan, Terengganu dan Selangor, jaga-jagalah sebab ada " budak baru " @ " new boy on the ground".



Isnin, 12 Disember 2011

Masalah sosial remaja melayu


Sebut sahaja Melayu, mesti banyak perkara yang terlintas difikiran kita. Antaranya, baju Melayu, nasi lemak, hari raya, loghat kelate/ganu, dan macam-macam lagi. Yang baik tu takpa lah. Tapi jangan terkejut jika kalau orang sebut Melayu, mesti ada yang terbayang dengan pelbagai masalah sosial seperti merempit dan kes buang bayi. 

Tidak malukah kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila tanggapan ini diberikan kepada kita. Banyak lagi perkara negatif yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Hisap dadah, pergaulan bebas, seks luar nikah, minum arak, lepak sampai subuh di kelab malam, dan macam-macam lagi. Semua ini orang Melayu. Mungkin bangsa lain hanya tersenyum sahaja melihat perubahan sosila yang berlaku dalam masyarakat Melayu, tetapi kita sebagai pewaris bangsa perlu memandang berat perkara ini.
ponteng sekolah, hisap rokok, habis duit mak bapak

merempit...bahaya nyawa dan masa depan

dadah dan seks bebas
Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini.
  • Yang pertama adalah disebabkan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa para remaja. Kebanyakkan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kegiatan harian menyebabkan anak-anak mereka terabai. Anak-anak yang terabai ini akan mencari perhatian dan keseronokkan di luar rumah bersama-sama rakan. Mereka akan bebas melakukan apa sahaja kerana mereka tahu tiada orang yang mengambil kisah kehidupan mereka. Kurangnya didikan agama akan membuatkan mereka hilang pertimbangan dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka akan melupakan apa itu neraka atau syurga.
 
  • Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
 
  • Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Guru amat berperanan dalam membentuk akhlak
 

Jadi apakah tanggunjawab yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini??...sama-sama kita fikirkan samada kita Melayu yang BOLEH melakukan apa sahaja tanpa mengira kesan buruk yang berlaku, atau bangsa Melayu yang cemerlan. Sama-sama kita membentuk diri menjadi muslim dan melayu gemilang dan berjaya dunia dan akhirat.

Ahad, 11 Disember 2011

Blog dan internet punca maksiat berlaku




Percaya atau tidak, mahu terima atau tidak, betul atau salah, tetapi percayalah yang blog dan internet adalah merupakan salah satu punca berlakunya maksiat di negara ini. Setiap hari, pelbagai jenis masalah remaja atau perkara yang menjatuhkan moral masyarakat ini boleh dibaca di akhbar harian. contohnya, kes rogol, pembuangan bayi, bapa rogol anak, suami jual isteri dan macam-macam lagi. Yang paling memedihkan adalah peratusan terbesar berlakunya masalah ini adalah di golongan remaja.

Melalui internet dan blog ini, remaja mudah memperolehi perkara-perkara yang dapat merangsang nafsu mereka. Tidak perlu pun untuk mereka berniat menggunakan internet untuk menonton perkara berbentuk maksiat, tetapi "link" atau pun iklan yang berkaitan seks ini boleh muncul di skrin tanpa perlu ditekan.

Kanak-kanak pula yang sudah pandai menggunakan internet pula akan terdedah dengan perkara ini seawal sekolah rendah lagi. Akan ada pula di antara mereka yang akan berfikir untuk mempraktikkan perkara ini. ini kerana, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

 Kalau anda semua tak percaya...boleh tengok bukti di bawah
Berita luar negara pun mampu merangsang nafsu manusia.

Eksploitasi wanita berleluasa

Movie yang berunsur 18+ mudah didownload

Siap ada iklan yang boleh kita main "scan" baju nampak dalam lagi

Saya tak katakan yang semua blogger macam ni...tetapi segelintir sahaja. Mungkin niat mereka mahu perkara atau berita tersebut menjadi pedoman untuk kita fikirkan. Tetapi kita juga perlu mengambil kira golongan kanak-kanak yang turut menggunakan perisian ini. Segelintir yang tidak bertanggungjawab pula, mahu meningkatkan trafik dalam blog sehingga sanggup menggunakan pelbagai cara. Ingatlah bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Dan mungkin juga kerana "advertiser" yang meletakkan iklan sebegini tanpa pengetahuan blogger.

Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mengawal kanak-kanak dalam menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Kalau diikutkan, banyak perkara yang tidak berfaedah yang mudah diperolehi berbanding perkara yang bermanfaat.
Tepuk dada tanya iman.

Sabtu, 10 Disember 2011

Mencapai kecergasan diri

 Dalam mendapatkan kecergasan dalam diri..banyak perkara atau persoalan yang perlu kita atasi. Kecergasan ini mudah untuk hilang, tapi susah untuk diperolehi. Sebab itu, sebaik sahaja kita mampu untuk berlari 2.4 km di bawah 12 minit...tu dah kira cergas dah. Kecergasan ini perlu ditatang bagai minyak yang penuh.

Soalan pertama : Apa perlu saya buat ?
Kebanyakkan pakar percaya yang berjalan, dan berenang adalah dua latihan yang boleh digunakan untuk mencapai kecergasan dalam diri. Kedua-dua exercise ini, adalah beritma dan menggunakan kebanyakkan bahagian badan dan otot. Berenang menggunakan hampir ke semua otot dan amat sesuai untuk orang yang terlebih badan dan berumur.

Soalan kedua : Berapa lama perlu saya exercise untuk cergas
Untuk mengekalkan kesihatan, kita perlu bersenam setiap hari dalam masa 30 minit. untuk membina dan mengekalkan kecergasan pula, kita perlu bersenam untuk 30 hingga 60 minit pada intensity 60-90 % daripada kadar jantung maksimun kita. 3 hingga 5 hari seminggu dengan pelbagai bentuk senaman.
Mengangkat berat dengan menggunakan pelbagai jenis latihan mampu menjaga kesihatan badan

Berbasikal juga sesuai untuk semua golongan terutamnya yang mengalami masalah lutut

Berjoging di hujung minggu


Soalan ketiga : Mendapatkan kembali kecergasan yang telah hilang
Satu-satunya cara adalah dengan perlahan tapi PASTI..bukan PASTI kindergarden tp...pasti yang InsyaAllah...Mulakan dengan setengah jam 2 kali seminggu. Dan apabila keyakinan dan kecergasan dalam badan dah bertambah, tambah 3 kali seminggu sehingga kita benar-benar mampu untuk bersenam 5-6 kali seminggu.

Soalan keempat : Faktor masa
Ini bergantung kepada motivasi kendiri kita. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kita perlu menguruskan masa kita sebaiknya. Contohnya...
  • cadar, sarung bantal dan tuala tak perlu kot nak kene seterika
  • Cerita di TV tu boleh tunggu...takpun tengok je kat dalam youtube hujung minggu
  • bangun awal setiap pagi..sembahyang subuh dulu...
  • tak yah lah tengah-tengah malam nak keluar minum lagi
time is important..manage it well..arabic proverb " Jika tidak memotong masa sebaiknya, ia akan memotong kita "

Jumaat, 9 Disember 2011

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca ” SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

7)Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.

8)Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.