Isnin, 12 Disember 2011

Masalah sosial remaja melayu


Sebut sahaja Melayu, mesti banyak perkara yang terlintas difikiran kita. Antaranya, baju Melayu, nasi lemak, hari raya, loghat kelate/ganu, dan macam-macam lagi. Yang baik tu takpa lah. Tapi jangan terkejut jika kalau orang sebut Melayu, mesti ada yang terbayang dengan pelbagai masalah sosial seperti merempit dan kes buang bayi. 

Tidak malukah kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila tanggapan ini diberikan kepada kita. Banyak lagi perkara negatif yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Hisap dadah, pergaulan bebas, seks luar nikah, minum arak, lepak sampai subuh di kelab malam, dan macam-macam lagi. Semua ini orang Melayu. Mungkin bangsa lain hanya tersenyum sahaja melihat perubahan sosila yang berlaku dalam masyarakat Melayu, tetapi kita sebagai pewaris bangsa perlu memandang berat perkara ini.
ponteng sekolah, hisap rokok, habis duit mak bapak

merempit...bahaya nyawa dan masa depan

dadah dan seks bebas
Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini.
  • Yang pertama adalah disebabkan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa para remaja. Kebanyakkan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kegiatan harian menyebabkan anak-anak mereka terabai. Anak-anak yang terabai ini akan mencari perhatian dan keseronokkan di luar rumah bersama-sama rakan. Mereka akan bebas melakukan apa sahaja kerana mereka tahu tiada orang yang mengambil kisah kehidupan mereka. Kurangnya didikan agama akan membuatkan mereka hilang pertimbangan dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka akan melupakan apa itu neraka atau syurga.
 
  • Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
 
  • Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Guru amat berperanan dalam membentuk akhlak
 

Jadi apakah tanggunjawab yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini??...sama-sama kita fikirkan samada kita Melayu yang BOLEH melakukan apa sahaja tanpa mengira kesan buruk yang berlaku, atau bangsa Melayu yang cemerlan. Sama-sama kita membentuk diri menjadi muslim dan melayu gemilang dan berjaya dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan