Jumaat, 9 Disember 2011

Kebaikan air

Air merupakan aset yang paling penting dalam kehidupan manusia. Tanpa air, semua hidupan akan mati. Air merupakan bahan yang kedua penting kepada manusia selepas oksigen. Namun begitu, masih ramai yang tidak menghargai air dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Sekurang-kurangnya 8 gelas air disyorkan oleh pakar kesihatan untuk menjaga proses fisiologi dalam badan.
Perkara ini turut disebut beberapa kali dalam Al-Quran. Contohnya dalam ayat 27 surah as-Sajadah :
" Dan apakah mereka tidak memerhatikan, bahawasanya Kami menghalau (awan yang mendung ) air ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya makan haiwan ternak mereka dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memerhatikan ? "
Antara kelebihan air adalah
  • Membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan. Tidak cukup air akan memungkinkan kita untuk mendapat sembelit.
  • Membantu perkumuhan bahan buangan daripada usus
  • Untuk menyelaraskan suhu badan. terutamanya selepas bersenam dan bermain.
  • Memberikan kelancaran pergerakan sendi dan membran. Kalau tidak, kita mungkin berjalan macam robot.
  • Kandungan dalam darah dalam sistem pengangkutan yang mengagihkan nutrien ke seluruh badan
  • Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya ialah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan