Selasa, 20 Disember 2011

Apa itu demam

Demam merupakan penyakit normal bagi semua manusia

Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi
tahap ini anda akan disahkan demam.


Penyebab Demam
  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
  • cirit birit, denggi, dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
  • batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah

 

Tanda dan gejala

  • Badan panas bila disentuh
  • Pernafasan meningkat
  • Muka menjadi merah
  • Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  • Resah gelisah
  • Tiada selera makan
  • Menggigil

Rawatan
Rawatan dirumah :
  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Air merupakan rawatan utama dalam mengatasi demam

Jika anda mempunyai gejala yang serius :
  • Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah hendaklah dirujuk dengan pakar.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan
Suhu yang tinggi merupakan tanda awal demam

Pencegahan
  • Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Ambil diet yang seimbang dan sihat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan